Tuesday, April 28, 2009

Cikgu Fariz terjun ke dunia blog!

0 ulasan


Kini anda boleh melayari blog Timbalan Ketua AMK Malaysia merangkap Ketua AMK Terengganu, Cikgu Fariz Musa di http://farizmusa.blogspot.com/.

Friday, April 10, 2009

Minum pelarut dalam tahanan polis

0 ulasan
Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis berhubung seorang pemuda yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setelah didakwa meminum bahan beracun di bilik siasatan polis.

Naib ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata anggota keluarga pemuda itu Adi Anwar Mansor, peguamnya dan beberapa lagi pemimpin parti itu akan turut serta.

Laporan polis dijadual dibuat di ibu pejabat polis daerah Kelang jam 10.30 pagi esok.

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ahli parlimen PKR bagi Kapar, S Manikavasagam dijangka turut hadir menyatakan sokongan.

Mereka tidak berpuas hati dengan insiden tersebut dan mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap Adi Anwar, yang ditahan jam 11.30 malam Selasa lalu bagi kes dadah.

Ibu mangsa Jiknah Harun hari ini dilaporkan berkata "tiada sebab" anaknya berbuat demikian kerana "mempunyai bayi tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira."

Wanita itu juga mendakwa terdapat kesan lebam seperti kesan dipukul pada badan anaknya.

Adi Anwar, kata Jiknah, juga mendakwa lima anggota polis membelasahnya sewaktu dalam tahanan polis.

Pemuda itu dilaporkan dalam keadaan stabil di ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selepas dihantar polis untuk rawatan.

Menurut polis, Adi Anwar dalam keadaan tangannya bergari mengambil sebotol cecair pelarut di atas meja bilik siasatan dan dalam masa tidak sampai 10 saat meminumnya.

Ketua polis daerah ACP Mohamad Mat Yusop dilaporkan berkata empat anggota polis yang berada membelakangkan pemuda itu - waktu itu sedang duduk dan kelihatan tertekan - tidak perasan kejadian itu.

"Apabila anggota-anggota polis itu menyedarinya, ia sudah terlambat kerana kejadian tersebut berlaku dalam masa kurang 10 saat," New Straits Times memetik Mohamad berkata.

Keluarga Adi Anwar dilaporkan membuat aduan polis, kelmarin.

Malaysiakini

Sunday, April 5, 2009

Naib presiden PPP sertai PKR

0 ulasan

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

nagarajan joining pkr 050409Lapan bahagian yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.

Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.

Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nagajaran memberitahu pemberita kemudiannya bahawa hari ini beliau menyerahkan 300 borang keahlian manakala bakinya akan diserahkan selepas pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

ceramah anwar bukit selambau 050409Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua Umno cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR.

Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat siam.

Dalam ucapannya, Anwar berkata beliau akan membuat satu lagi pengumuman penting pada 7 April depan.

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com