Thursday, July 30, 2009
HIMPUNAN MANSUHKAN ISA : 1 OGOS 2009
0 ulasan 11:49 AM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuKENYATAAN RESMI PARTI KEADILAN RAKYAT
HIMPUNAN MANSUHKAN ISA 1 OGOS 2009
Pada 1 Ogos 2009 Sekretariat Himpunan MANSUH ISA menganjur satu himpunan besar-besaran. Perhimpunan ini adalah untuk menyatakan sikap rakyat Malaysia terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Protes rakyat menentang akta ganas dan zalim sudah sekian lama dan sentiasa berterusan.
Penggunaan ISA adalah sesuatu pencemaran keadilan undang-undang dan keluruhan perlembagaan Malaysia. Akta ISA ini adalah tiket jahat untuk kerajaan Umno/BN memastikan mereka terus berkuasa. Kerajaan Umno/BN boleh menangkap sesiapa sahaja secara sesuka hati, kerajaan Umno/BN boleh menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah menyebabkan berlakunya pelbagai penyeksaan dan deraan fizikal juga mental.
Parti Keadilan Rakyat sangat menghormati prinsip keadilan sebagai hak asasi manusia. Parti Keadilan Rakyat menjunjung tinggi nilai kemanusiaan sejagat. Oleh itu,Parti Keadilan Rakyat menyokong penuh perhimpunan rakyat yang akan dianjurkan untuk menyatakan penentangan terhadap ISA yang jelas zalim dan sering kali disalahgunakan oleh kerajaan Umno / BN.
Pada 1 Ogos 2009 Parti Keadilan Rakyat akan bersama-sama rakyat menyertai Himpunan MANSUH ISA. Semua pimpinan tertinggi, anggota Parti akan hadir bersama Ketua Umum Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyertai perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada pihak penganjur dan menyatakan pendirian Parti yang menentang undang-undang zalim.
DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
AMKNT Buat Laporan SPRM Mengenai Pangsapuri Pulau Duyung
0 ulasan 11:39 AM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuAMK mendapati rumah pangsapuri Di Pulau Duyung telah di beri kepada keluarga terdekat JKKK dan kroni-kroni UMNO sahaja.
AMK telah membuat laporan kepada SPRM pada jam 2.30 petang semalam , 29 Julai 2009.
AMK berharap SPRM dapat menyegerakan siasatan mengenai pembahagian tidak adil dengan individu-individu terpilih yang tidak layak ini.
Tuesday, July 28, 2009
Kursus Pemerkasaan Kepimpinan PKR
0 ulasan 11:10 AM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuKursus tersebut telah di adakan di Kem Tebu View Lata Belatan,Jabi, Setiu.
Antara penceramah yang teah hadir adalah , Sdr. Mustafa Kamil, Ust.Aziz (bekas ADUN Kota Putera) dan juga Ust.Dr.Badrul Amin Baharom.
Kursus tersebut telah memberi ruang kepada pimpinan-pimpinan PKR Terengganu untuk bertukar-tukar pendapat , mendapat maklumat-maklumat dan isu terkini seterusnya membincangkan usaha-usaha yang perlu di gembleng bagi perkasakan PKR Terengganu.
Majlis 2 hari 1 malam tersebut telah di tutup dengan pemberian sijil-sijil kepada peserta oleh Ust.Dr.Badrul Amin pada jam 1ptg.
Majlis di sudahi dengan solat berjemaah Zuhur, bersama.
Penubuhan MAMPAT (Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat)
0 ulasan 11:09 AM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuKENYATAAN MEDIA
27 Julai 2009
Kami Pemuda PAKATAN RAKYAT yang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS (DPP), Angkatan
Muda Keadilan (AMK) dan Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini memutuskan
penubuhan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat dengan penggunaan singkatan nama
MAMPAT. Mesyuarat MAMPAT yang pertama pada hari ini (Isnin 27hb Julai 2009) di Tingkat 2,
Pejabat Pemuda PAS Pusat bersetuju bahawa ahli-ahli mesyuarat MAMPAT terdiri daripada
Ketua, Setiausaha dan 3 pimpinan tertinggi Pemuda yang lain daripada setiap parti dan akan
mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap.
Pemuda PAS, AMK dan DAPSY percaya penubuhan MAMPAT ini akan menguatkan lagi hubungan
kerjasama politik Pakatan Rakyat dan memberikan kekuatan untuk pemuda Pakatan Rakyat
merencana gerak kerja bersama pada setiap masa. Penubuhan MAMPAT ini juga akan dapat
membantu Pemuda Pakatan Rakyat menyelesaikan sebarang isu berbangkit yang melibatkan
hubungan parti-parti Pakatan Rakyat dengan lebih cepat.
Mengenai Himpunan Mansuhkan ISA yang akan berlangsung pada 1 haribulan Ogos ini,
MAMPAT membuat penegasan pada hari ini menyokong penuh Himpunan tersebut dan
memberikan komitmen kehadiran pimpinan dan seluruh ahli pemuda Pakatan Rakyat ke
Himpunan tersebut. MAMPAT percaya himpunan tersebut akan berlangsung secara aman
sepertimana yang dirancangkan dan meminta kerjasama pihak polis untuk membantu
mengawal keselamatan semua pihak.
Sekian.
Nasrudin Hassan Shamsul Iskandar Mohd Akin YB Loke Siew Fook
Ketua DPP Ketua AMK Ketua DAPSY
Monday, July 6, 2009
3.7 juta rakyat yang layak belum daftar sebagai pemilih
0 ulasan 12:29 AM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuKOTA BAHARU: Seramai 3.7 juta daripada 27 juta rakyat di negara ini yang layak mendaftar sebagai pemilih didapati tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik.
Katanya, situasi itu membimbangkan kerana masih ramai golongan muda berusia antara 21 dan 39 tahun belum sedar hak mereka sebagai pemilih untuk menentukan masa depan dan kelangsungan proses demokrasi negara.
“Berdasarkan jumlah pemilih yang dikemas kini SPR sehingga 31 Mac tahun ini, hanya 11 juta rakyat yang didapati menjalankan tanggungjawab masingmasing dengan mendaftarkan diri sebagai pemilih apabila tiba kelayakan umur 21 tahun.
“Seramai 3.7 lagi rakyat tidak mendaftarkan diri meskipun sudah tiba kelayakan umur untuk mendaftar. Situasi ini membimbangkan kerana jumlah itu agak besar dan boleh memberi kesan kepada kelancaran perjalanan proses demokrasi negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada media mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Ngah berkata, daripada 12,293 pengundi termasuk 25 pengundi pos di Manek Urai, golongan muda berjumlah 5,598 orang, merangkumi 45.5 peratus.
Golongan pertengahan berusia antara 40 dan 59 tahun berjumlah 4,511 orang (36.7 peratus) dan golongan pengundi berumur 60 hingga 79 tahun, 1,937 orang (15.7 peratus) serta golongan warga emas berusia 80 tahun ke atas berjumlah 247 orang merangkumi 2.01 peratus.
Ngah berkata, 12,197 pengundi berbangsa Melayu merangkumi 99.2 peratus manakala pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain bangsa 12 orang.
Katanya pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi ditetapkan di Dewan Petra Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1 di Kuala Krai.
Sembilan pusat pengundian dibuka dengan jumlah saluran mengundi sebanyak 27 buah dan petugas pilihan raya seramai 497 orang.
Ngah berkata, 1,200 keping pelekat khas kenderaan akan diagihkan kepada setiap parti bertanding pada 14 Julai ini.
Setiap kenderaan petugas parti yang bertanding akan diarahkan melekatkan tiga keping pelekat berwarna khas bersaiz A4 pada kenderaan mereka iaitu di sebelah hadapan, kiri dan kanan kenderaan.
“Warna pelekat itu berbeza dan akan diagihkan mengikut parti iaitu biru bagi Barisan Nasional, hijau bagi PAS, dan oren parti bebas.
“Pelekat itu memudahkan kenderaan parti memasuki laluan ke pusat pengundian, menurun dan mengambil pengundi di lokasi yang ditentukan dan seterusnya mengurangkan masalah kesesakan lalulintas,” katanya.
Ngah juga mengingatkan setiap calon dan penyokong parti yang bertanding mematuhi peraturan ditetapkan SPR bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.
Ngah berkata, SPR menggalakkan parti-parti bertanding tidak membawa penyokong terlalu ramai ketika hari penamaan calon berlangsung bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan kesesakan.-BERNAMA
Kenyataan Media SUA Berhubung Tuduhan Bank Malaysia Terbabit di Dalam Transaksi Penjualan Senjata Oleh Korea Utara
0 ulasan 12:26 AM Dicatat oleh Editor AMK Terengganu—Kenyataan Media Untuk Edaran Segera—
5hb Julai 2009
Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkembangan mutkahir di Laut Timur. Korea Utara telah pun melancarkan 7 peluru berpandunya ke arah bahagian pantai timur negaranya. Tindakan ini jelas menyalahi resolusi 1874 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berusaha mengendurkan ketegangan di rantau itu. Komuniti antarabangsa melahirkan rasa kesal dan mengecam keras pelancaran peluru berpandu tersebut.
Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009 itu mengharamkan sebarang ekspot senjata oleh Korea Utara. Langkah ini bertujuan menyekat Korea Utara dari menggunakan dana hasil penjualan senjata bagi pembangunan program senjata nuklearnya. Makanya amatlah penting resolusi ini dipatuhi dengan kerjasama komuniti antarabangsa demi mewujudkan keamanan berkekalan, bukan sahaja di rantau Timur Jauh, bahkan juga di seluruh Asia.
Oleh itu adalah mengejutkan apabila beberapa laporan akhbar dari Korea Selatan mengaitkan bank di Malaysia digunakan untuk transaksi pembayaran penjualan senjata dari Korea Utara ke Myanmar. Tambah membimbangkan apabila rombongan khas perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi yang diketuai Phillip Goldberg, dijadualkan ke Malaysia, bertujuan memastikan negara ini mematuhi perlaksanaan resolusi tersebut. Sekiranya benar tuduhan yang dilaporkan akhbar terbabit (Korea Herald dan Korea Times), kita merasa kesal dengan kecuaian kementerian dalam negeri dan regulasi kewangan negara.
Keadilan menekankan isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipandang remeh. Kerajaan mestilah bersikap telus serta bertanggungjawab, terutamanya apabila menangani isu sebegini. Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih bertarikh 26 Jun 2009 menyatakan antara butir penting perbualan Presiden Obama dan Dato’ Seri Najib ialah memastikan perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi. Ini jelas bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia tersebut kepada media dan rakyat Malaysia berhubung perbualan telefon beliau dengan Presiden Amerika Syarikat itu. Dato’ Seri Najib sewajarnya menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Kita bimbang sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear.
SALEHUDDIN HASHIM
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT