-
Wednesday, December 9, 2009
Konvensyen Pakatan Rakyat - 1
1 ulasan 9:21 AM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuLabel: konvensyen, pertama, prk
Monday, December 7, 2009
Penyerahan Memorendum Bantahan BaikPulih SMZA kepada Menteri Kerja Raya - Hari Ini
0 ulasan 9:25 AM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuLabel: memorendum, runtuh, smza, stadium
Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu akan menyerahkan memorandum membantah keputusan kerajaan mengarahkan syarikat asal untuk membaik pulih SMZA.
Amk Negeri Terengganu membantah tindakan Kerajaan melalui Mesyuarat Pasca-Kabinet pada 6 November 2009 memutuskan pihak kontraktor bertanggungjawab membaiki semula dan membaik-pulih struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA) di Gong Badak yang runtuh Jun lalu kepada YB Menteri Kerja Raya .
Tindakan Kerajaan menyerahkan tanggungjawab kepada kontraktor asal iaitu Bina Struktur Sdn. Bhd. dan subkontraktor daripada Korea adalah satu tindakan yang keterlaluan sedangkan syarikat dan kontraktor tersebutlah yang bertanggungjawab mengakibatkan keruntuhan stadium tersebut . Bagaimana kerajaan boleh memberikan sekali lagi kepercayaan kepada syarikat tersebut yang ternyata GAGAL .
Penyerahan memorandum tersebut akan diadakan sepertimana di bawah :
Tarikh : 8 Disember 2009
Jam : 2 petang
Tempat : Kementerian Kerja Raya , Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
AMK Negeri Terengganu menjemput semua media hadir kecuali Utusan Malaysia .
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)