-
Monday, July 12, 2010
Sunday, July 11, 2010
Jet Pejuang 'Sukhoi T-50' di Gong Kedak Pula Tidak Boleh Terbang!
0 ulasan 4:30 PM Dicatat oleh Editor AMK Terengganu
Kuala Berang, HULU TERENGGANU - Selepas kapal selam jenis Scorpene yang di beli dengan harga RM6.7 bilion dari Perancis 'berpenyakit' tidak boleh menyelam, didedahkan pula, beberapa pesawat jet Pejuang jenis Sukhoi yang dibeli dari Rusia pula tidak boleh terbang.
Ahli Parlimen Macang, Saifudin Nasution Ismail berkata, beliau telah diberitahu tentang perkara tersebut oleh beberapa pegawai yang berkhidmat dipengkalan di Kem Gong Kedak, Besut.
"Semasa jet tersebut pertama kali mendarat, lapangan terbang tidak menepati 'spesifikasi', pasir telah naik dan masuk ke dalam enjin jet itu,
"sebab itu, jet tersebut tidak boleh terbang,"terangnya dalam ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan disini semalam,sempena lawatan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke negeri Terengganu.
Pesawat jet tempur Rusia itu telah menjadi isu sebelum ini apabila bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Adib Adam didakwa mendapat komisen RM400 juta atas pembeliannya.
Ahli Parlimen Macang, Saifudin Nasution Ismail berkata, beliau telah diberitahu tentang perkara tersebut oleh beberapa pegawai yang berkhidmat dipengkalan di Kem Gong Kedak, Besut.
"Semasa jet tersebut pertama kali mendarat, lapangan terbang tidak menepati 'spesifikasi', pasir telah naik dan masuk ke dalam enjin jet itu,
"sebab itu, jet tersebut tidak boleh terbang,"terangnya dalam ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan disini semalam,sempena lawatan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke negeri Terengganu.
Malaysia membeli hanya 18 buah pesawat Sukhoi menggunakan teknologi Thales dari Perancis manakala India membeli 180 buah pesawat jenis itu dengan 140 buah dibina di India menggunakan teknologi avionik Israel.
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berkata demikian ketika mempertahankan diri apabila Sukhoi yang dibeli oleh kerajaan Malaysia lebih mahal berbanding yang dibeli India.
Malaysia telah membeli Sukhoi yang berharga RM40 juta sebuah itu dengan harga RM50juta
Manakala, kapal selam scorpene yang pertama, KD Rahman, masih mengalami sakit 'air laut tropika', sebagaimana alasan yang diberikan kerajaan atas sebab mengapa ia tidak boleh menyelam.
Saifudin yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, KD Rahman sehingga kini masih tersadai di pengkalan Teluk Sepanggar tanpa sebarang pembaikian.
Katanya, perkara tersebut telah didedahkan oleh Malay Mail, sebuah akhbar yang diedarkan di kawasan lembah Kelang - Baca Dari Catatan Asal BO
Empat Minit Terakhir '1Malaysia'
0 ulasan 3:31 PM Dicatat oleh Editor AMK Terengganu
Kuala Berang, HULU TERENGGANU - Empat minit terakhir ceramah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan 'kejelekan' produk-produk '1Malaysia' ciptaan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Najib Razak.Anwar menepis fitnah yang menuduh beliau menggadaikan 'Melayu' demi cita-citanya untuk menjadi PM dengan membongkar kejelekan gagasan 1Malaysia ciptaan Najib.
Menurutnya, 1Malaysia Najib lah merampas dan menggadaikan tanah-tanah bersaiz mega dalam dan pinggiran bandaraya Kuala Lumpur.
Katanya, Tanah Kem Tentera Udara Sungai Besi (Gambar), Tanah Institut Penyelidikan Getah (FRIM) Sungai Buluh dan Tanah Jalan Cohchrane Kampung Pandan tersebut kemudiannya telah diberikan 'tanpa tender' kepada seorang ahli perniagaan Cina, George Low.
"Satu perkara yang disebut Dato' Seri Najib (dalam) Rancangan Malaysia Ke-10 yang saya (rasa) cukup bahaya,
"di Kuala Lumpur tanah yang paling besar di Sungai Besi (Kem Tentera Udara), kemudian tanah yang paling besar di Sungai Buluh (FRIM), tanah Jalan Cochrane (Kampung Pandan),
"saudara tahukah? Ini pemimpin Melayu Umno, semuanya (tanah-tanah tersebut) telah diberikan kepada Yayasan 1Malaysia, semua tanpa tender, tanah yang boleh dibangunkan (bernilai) berbilion ringgit,
"diberikan begitu saja kepada Geoge Low,"jelasnya.
Selain itu, Anwar turut menceritakan 'kebobrokan' pemimpin Melalyu Umno Menteri Wilayah Persekutuan yang telah bertindak mahu menyerahkan 40 peratus tanah rezab Melayu Kampung Baru Kuala Lumpur kepada orang Cina.
Katanya, cadangan raja Nong Chik itu telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Ahli Parlimen PAS Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali - Baca Dari Catatan Asal BO
Tuesday, January 26, 2010
Program Penerangan & Dialog Road Show AIC ke Negeri Terengganu
0 ulasan 2:19 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuLabel: aic, anwar, roadshow

Program Penerangan & Dialog Road Show AIC ke Negeri Terengganu
Tarikh : 30 Jan 2010 (Sabtu)
Masa : 2.30ptg - 5.30ptg
Tempat : Dewan Supitan Baru Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu
Pembentang/Penceramah :
1. Wakil Peguam AIC , Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. Tn Hj. Abd Rahman Yusof (Pegawai Khas Ketua Pembangkang di Parlimen)
3. Rafizi Ramli (Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor)
4. YB. Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiausaha sulit MB Selangor dan ADUN Seri Setia)
Aturcara :
2.30 ptg - Ketibaan peserta & Jemputan
2.45 ptg - Penerangan oelh Wakil Peguam AIC kes Dato' Seri Anwar Ibrahim
3.15 ptg - Ucapan oleh Tn Hj. Abd Rahman Yusof
3.30 ptg - Penerangan oleh Sdr. Rafizi Ramli
4.00 ptg - Ucapan oleh YB. Nik Nazmi Nik Ahmad
4.45 ptg - Sesi Dialog
5.30 ptg - Majlis bersurai.
Di jemput hadir. Tempat adalah terhad kepada 150 orang sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)

