Tuesday, March 31, 2009
AMK kesan ramai pengundi diragui di Bukit Selambau
0 ulasan 9:23 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuLabel: berita semasa
Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mededahkan perkara demikian dalam sidang media harian KeADILan yang diadakan di Bangunan Yayasan Aman di sini pagi tadi.
Menurutnya, di lokaliti Taman Bandar Baru dalam peti undi Taman Bandar Baru, AMK telah mengesan seramai 2,215 daripada keseluruhan 3,544 orang pengundi yang diragui statusnya.
"Umpamanya d rumah No. 3 di Taman Bandar Baru terdapat 60 orang pengundi berdaftar di situ. Rumah-rumah di sana tidaklah besar tetapi diduduki oleh peghuni dari berbilang bangsa," katanya.
Justeru katanya, AMK akan membuat siasatan di rumah berkenaan bagi membuat kepastian keadaan sebenarnya.
"Kita juga akan terus membuat kajian bagi kesemua lokaliti yang terbabit di dalam Dun Bukit Selambau ini dan akan mengemukakan bantahan kepada SPR supaya dapat dibuat pembersihan dalam daftar pemilih yang ada," jelasnya.
Sunday, March 29, 2009
Gambar sekitar penamaan calon di Bukit Selambau
0 ulasan 8:29 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuLabel: galeri
Monday, March 23, 2009
Akhbar Suara Keadilan, Harakah digantung permit 3 bulan tanpa sebab
0 ulasan 8:56 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuLabel: berita semasa
Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.
Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.
Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.
"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.
Sunday, March 22, 2009
AMK lancar “Say No To Najib”
0 ulasan 3:16 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuLabel: kempen
KETUA Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Najib Sebagai PM atau “Say No To Najib” pada jam 10, hari ini di Dewan Sivik MBPJ.
Pada masa yang sama, Shamsul telah turut menyertai Rapat Anak Muda AMK Selangor & W.Persekutuan 2009 yang diadakan di lokasi yang sama.
Rapat Anak Muda ini akan dihadiri oleh Kepimpinan AMK bahagian-bahagian dari seluruh Selangor & Wilayah Persekutuan yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden KeADILan Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Program ini adalah platform khusus untuk pemimpin AMK akar umbi untuk membedah dan membahas Ucapan Dasar Ketua AMK Malaysia didalam Kongres Nasional AMK 2008 yang bertajuk “Memimpin Harapan Rakyat”. Atucara RAM adalah dilampirkan.
PEJABAT KETUA AMK MALAYSIA
Facebook: Kempen Katakan Tidak Kepada Najib
Facebook: Angkatan Muda KeADILan Malaysia