KETUA Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Najib Sebagai PM atau “Say No To Najib” pada jam 10, hari ini di Dewan Sivik MBPJ.
Pada masa yang sama, Shamsul telah turut menyertai Rapat Anak Muda AMK Selangor & W.Persekutuan 2009 yang diadakan di lokasi yang sama.
Rapat Anak Muda ini akan dihadiri oleh Kepimpinan AMK bahagian-bahagian dari seluruh Selangor & Wilayah Persekutuan yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden KeADILan Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Program ini adalah platform khusus untuk pemimpin AMK akar umbi untuk membedah dan membahas Ucapan Dasar Ketua AMK Malaysia didalam Kongres Nasional AMK 2008 yang bertajuk “Memimpin Harapan Rakyat”. Atucara RAM adalah dilampirkan.
PEJABAT KETUA AMK MALAYSIA
Facebook: Kempen Katakan Tidak Kepada Najib
Facebook: Angkatan Muda KeADILan Malaysia
0 ulasan:
Post a Comment