Wednesday, May 6, 2009

Minta YB M. Manoharan dibebaskan dengan segera



Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Mendesak agar YB M. Manoharan dibebaskan dengan segera daripada akta zalim ISA . Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kota Alam Shah akan mengambil tindakan meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawab beliau kepada rakyat di DUN Kota Alam Shah kerana beliau kini masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) kerana terlibat dengan Hindraf .

Sekiranya beliau mengambil tindakan meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi ADUN Kota Shah Alam , satu pilihanraya kecil terpaksa diadakan dan sudah pasti Barisan Nasional di dalam situasi sekarang tidak lagi bersedia untuk berdepan dengan pilihanraya kecil kerana berdasarkan prestasi 4 Pilihanraya Kecil iaitu Permatang Pauh , Kuala Terengganu , Bukit Gantang dan Bukit Selambau , Barisan Nasional mengalami kekalahan yang teruk.

Justeru , AMK menggesa Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin Hussein supaya membebaskan YB M.Manoharan dengan segera dan sekiranya berlaku satu pilihanraya kecil sepertimana kenyataan oleh YAB Perdana Menteri ‘yang tidak diperlukan’ yang membelanjakan banyak wang, merugikan masa dan tenaga serta akan mengalihkan tumpuan negara dari masalah ekonomi yang dihadapi sekarang ini . Langkah yang terbaik ialah membebaskan dengan segera Tahanan Tanpa Bicara ini agar beliau dapat memberikan tumpuan kepada perkhidmatan dan gerakerja beliau sebagai ADUN Kota Alam Shah .

Namun begitu , bukan sahaja YB M.Manoharan sahaja yang wajar dibebaskan tetapi termasuk kesemua tahanan ISA lain . Hapuskan ISA !

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK

0 ulasan:

Post a Comment

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com