Friday, January 9, 2009

BN dan SPR dicabar - AMK



KUALA TERENGGANU, 9 Jan - Shamsul Iskandar Mohd. Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk berdebat dengan beliau mengenai royalti minyak untuk rakyat Terengganu.

Sekiranya calon BN itu tidak dapat menjawab persoalan berkaitan dengan royalti, bagaimana ia hendak memimpin negeri sedangkan isu tersebut tidak selesai, apatah lagi hendak menjadi Timbalan Menteri mentadbir kerajaan yang kononnya akan di lantik sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini.

Tambahnya lagi, "Mesra Rakyat" yang digembar-gemburkan oleh BN bukanlah sekadar bersalaman dengan rakyat, menghulurkan duit tetapi "Mesra Rakyat" adalah berkenaan mengenai kepimpinan seseorang pimpinan Jentera Pakatan Rakyat telah turun padang untuk mencari penghuni hantu. Ternyata penghuni hantu ini masih wujud pada Pilihanraya Kecil kali ini sekaligus menyangkal dakwaan BN dan SPR.

Jentera Pakatan Rakyat telah mengenal pasti beberapa tempat yang terdapat penghuni hantu. Antaranya mereka mendapati nama-nama penghuni hantu wujud di premis perniagaan seperti KFC dan Pizza Hut.


Sehubungan itu, beliau secara terbuka meminta pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya turun bersama-sama Pakatan Rakyat untuk melihat sendiri bukti wujudnya penghuni hantu ini.


"Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu bukanlah Pilihanraya biasa tetapi Pilihanraya pertembungan maruah," tegas beliau semasa memberi ceramah umum di Cabang Tiga semalam dan sekaligus mencabar pegawai polis yang terlibat dengan rasuah diambil tindakan. Pihak Pakatan Rakyat akan membuat laporan kepada BPR dan memfailkan isu rasuah pada minggu hadapan.


Harapan beliau sebelum menamatkan ucapan agar rakyat membuat keputusan sebaiknya pada 17 Januari nanti dan melakukan perubahan bagi kemenangan rakyat khususnya di Kuala Terengganu.

0 ulasan:

Post a Comment

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com