Friday, January 9, 2009

RM 1.6 bilion Royalti Entah Kemana ? Apa pendidiran Calon BN



Kuala Terengganu – Royalti minyak adalah hak rakyat Terengganu dan perlu diserahkan kepada kerajaan dan rakyat Terengganu tanpa mengambil kira siapa yang memerintah Terengganu.

”Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif sebelum ini tidak bersetuju pembangunan di politikkan, bila Barisan Alternatif mendapat mandat di Terengganu, rakyat Terengganu tidak kira yang sokong PAS yang sokong UMNO mereka berhak mendapat pembangunan,

“Tapi Barisan Nasional tidak menghormati mandat rakyat, apabila PAS memerintah Barisan Nasional bekukan dan tidak diberi royalti minyak itu kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat Terengganu,

“Dan akhirnya yang menjadi mangsa bukan penyokong PAS sahaja, orang UMNO, orang MCA, orang MIC dan semua, itu kita (PR) tidak setuju,”kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia, Tian Chua dalam sidang media di Pusat Operasi PKR DUN Bandar dsini hari ini (9 Januari).

Beliau turut mempersoalkan di manakah baki RM 1.6 bilion dari jumlah RM 7 bilion wang royalti minyak tahun 2004 hingga 2007.

“Menteri Besar sebelum ini Dato’ Idris mengatakan hanya RM 5 bilion sahaja yang diterima, ke mana pergi RM 2 bilion lagi,

“Baru-baru ini, Dato’ Seri Najib telah serah RM 400 juta sebagai sebahagian sumbangan royalti, tapi masih ada RM 1.6 bilion yang belum diketahui dimanakah wang tersebut,”katanya.

Beliau bertanya apakah pendirian calon Barisan Nasional Dato’ Wan Farid terhadap wang RM 1.6 bilion yang kerajaan Pusat masih berhutang kepada kerajaan dan rakyat Terengganu?

Katanya wakil-wakil Pakatan Rakyat di parlimen mendesak kerajaan pusat mengembalikan wang dan pemberian royalti minyak kepada kerajaan dan rakyat Terengganu.

“Kita tidak kira siapakah yang memerintah (PR atau BN) tapi yang penting ia adalah hak rakyat Terngganu,

“Kita (PR) anggap pemberian 5% royalti minyak itu adalah terlalu sedikit, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kita berjanji akan berunding untuk menaikkan sehingga kadar 20%,”ujarnya

0 ulasan:

Post a Comment

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com