Wednesday, December 31, 2008
Markaz Besar AMK Terengganu dan Malaysia Di Lancarkan
0 ulasan 8:20 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuAMK terbit ‘Royak Sikit’ sempena pilihan raya
0 ulasan 7:46 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuPengarah Pilihan raya Kecil AMK Parlimen Kuala Terengganu, Muzafeq Affyulzaifuzam Mohamad berkata, buletin yang memuatkan berita-berita hanya mengenai salah laku pemimpin UMNO itu mula diedarkan kepada orang awam hari ini.
Menurutnya, buletin ‘Royak Skit’ bakal menjadi bahan kempen utama AMK kerana ia menyiarkan pelbagai maklumat berkaitan politik dan cetakan pertama bahan bacaan itu adalah sebanyak 2,000 naskhah.
“Buat permulaan kita cetak 2,000 naskhah dulu dan jumlahnya akan ditambah dari masa ke semasa. Seramai 50 orang skuad akan bertanggungjawab mengedarkan buletin ini kepada pengundi di sekitar Parlimen Kuala Terengganu,” katanya. B
eliau yang juga Timbalan Ketua AMK negeri Terengganu berkata, sebagai sayap kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pihaknya juga akan melancarkan Bilik Gerakan AMK di Wisma Sentosa, Ladang pada jam 5 petang ini.
Katanya, majlis pelancaran bilik gerakan itu bakal disempurnakan oleh Pengerusi Strategi PKR Pusat yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution dan ia merupakan satu usaha parti itu membantu calon Pas.
“AMK turut sama bertanggungjawab membantu Pas pada pilihan raya kecil nanti dalam usaha memenangi hati rakyat di Parlimen Kuala Terengganu dan sekali gus merampas kerusi itu daripada BN (Barisan Nasional),” katanya.
Tuesday, December 30, 2008
Perosak undi disaran beralih kepada pembangkang
0 ulasan 2:50 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuTimbalan Ketuanya, Muzafeq Affyulzaifuzam Muhammad berkata, apa yang dilakukan pengundi itu tidak memberi kebaikan kepada sesiapa sama ada pembangkang atau kerajaan.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak terlibat tidak perlu bersikap demikian sebaliknya, beralih kepada pembangkang.
“Saya berpendapat undi rosak berlaku kerana ada yang mahu menunjukkan protes kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Daripada membuat undi rosak, lebih baik memberikan undi kepada pembangkang,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.
Beliau berkata, AMK sedang berusaha mendekati pengundi muda berumur 21 hingga 40 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar dan Ladang bagi meraih sokongan terhadap calon Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Katanya, pada waktu ini, lebih ramai golongan muda semakin berminat kepada Pakatan Rakyat (PR) dan pihaknya menerima sambutan menggalakkan setiap kali mengadakan program untuk golongan tersebut. - Sinar Harian
Monday, December 29, 2008
SIARAN MEDIA - AMK LANCAR BILIK GERAKAN
0 ulasan 4:10 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuJusteru bagi merealisasikan usaha dan iltizam ini AMK Malaysia bersama AMK Negeri Terengganu akan melancarkan Bilik Gerakan AMK bertempat di Wisma Sentosa , Ladang pada 31 Disember 2008 , jam 5 petang yang akan disempurnakan pelancaran oleh YB Sdr. Saifuddin Nasution , Pengerusi Strategi PKR Pusat yang juga Ahli Parlimen Machang .
Beliau juga akan melancarkan buletin ‘Rokak Skit’ terbitan AMK Negeri Terengganu pada hari pelancaran tersebut . ‘Royak Skit’ keluaran edesi Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu akan menjadi antara bahan kempen sepanjang pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu .
Sempena pelancaran Bilik Gerakan AMK , jam 9 malam akan diadakan Pentas Pemuda Pakatan Rakyat dan Sambutan Di Ambang Harapan Baru 2009 bertempat di Kg. Ladang Mengabang , Kuala Terengganu . Antara penceramah yang akan turut hadir menyampaikan ceramah ialah YB Sdr. Saifuddin Nasution ( Pengerusi Strategi PKR Pusat ) , Tuan Hj. Mohamad Sabu ( Naib Presiden PAS Pusat ) , Tuan Haji Mustaffa Kamil Ayub ( Naib Presiden PKR Pusat ) , YBM Dato’ Tg. Hasan bin Tg. Omar ( ADUN Ladang ) , Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin ( Ketua AMK Malaysia ) , YB Anthony Loke ( Ketua Pemuda DAP Pusat ) , Sdr. Fariz Musa ( Timbalan Ketua AMK Malaysia ), Ustaz Azman Sapawi Abd. Rani ( Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ) , Ustaz Ariffin Deraman ( Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ) , YB Amirudin Shari ( ADUN Batu Cave / Naib Ketua AMK Malaysia ) , YB Kasavan a/l Subramaniam ( ADUN Hutan Melintang / Ketua Penerangan AMK Malaysia) dan pimpinan muda Pakatan Rakyat.
MUZAFEQ MOHAMAD
Timbalan Ketua AMK Negeri Terengganu
Merangkap Pengarah Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu
Siaran Media - AMK ALUKAN KEHADIRAN EZAM BERSAMA 6 KOTAK
0 ulasan 7:21 AM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuAMK Negeri Terengganu mengalukan kehadiran Sdr. Ezam Mohd. Nor yang telah dijemput oleh YB Senator Wan Farid Wan Salleh Calon Barisan Nasional P036 Kuala Terengganu bagi membantu kempen Barisan Nasional .
AMK Negeri Terengganu meminta supaya Ezam datang bersama 6 kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan UMNO dan BN . Rakyat seluruh Malaysia pernah diberitahu oleh beliau sewaktu menjadi Ketua AMK Malaysia mempunyai 6 kotak bukti rasuah dan penyelewangan UMNO /BN .
Sekiranya beliau yang masih terus konsisten dan serius dalam menentang rasuah sudah pasti ini medan yang terbaik untuk mendedahkannya . Rahsia 6 kotak tersebut masih terus menjadi rahsia yang masih ditutup oleh Ezam . Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah pun dibentuk dan diluluskan oleh Parlimen seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan kekotoran dalam UMNO / BN .
Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai UMNO semula dengan mendedahkan 6 kotak dokumen rasuah dan penyelewengan UMNO / BN. Ini adalah kerana antara alasan beliau menyertai UMNO semula adalah kerana menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi menentang rasuah .
Para Pengundi P036 Kuala Terengganu sedang menanti kehadiran Ezam bersama 6 kotak yang diwar-warkan.
FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu
Saturday, December 27, 2008
Janji Ahmad Said Senjata PKR Terengganu
0 ulasan 1:28 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuPengerusinya, Wan Rahim Wan Hamzah berkata, ketika mengambil alih pemerintahan daripada Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini, Ahmad pernah berjanji untuk menghentikan segala projek besar dan membazir yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Menurutnya, antara contoh projek membazir yang dimaksudkan adalah penganjuran Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun, di Pulau Duyong, namun begitu sukan bertaraf antarabangsa itu tetap diteruskan pada awal bulan lalu.
“Isu tempatan kedua yang akan ditekankan adalah masalah tanah di seluruh daerah di Terengganu,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PKR di Gong Kapas selepas dilantik sebagai Pengerusi PKR Terengganu yang baru.
Wan Rahim berkata, isu tanah menjadi umpan politik murahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO dan tanah rakyat di negeri ini terutama dari segi hak milik berada dalam keadaan cukup menyedihkan.
Katanya, Menteri Besar juga berjanji berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira politik namun kepimpinan UMNO dilihat tunduk kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang prejudis kepada mereka yang tidak menyokongnya.
“Isu lain yang boleh dibawa adalah wang ihsan ada diskriminasi politik. Saya diberitahu RM10 atau RM20 daripada wang ihsan diambil. Saya dapat tahu dari kalangan UMNO sendiri BPR (Badan Pencegah Rasuah) sedang siasat,” katanya.
Selain itu menurut beliau, langkah pertamanya selepas dilantik sebagai Pengerusi PKR baru adalah memastikan kemenangan calon Pas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil 17 Januari depan.
“Jentera parti kita sudah siap dibentuk dan saya puas hati dengan rakan-rakan kerana mampu menjalankan tugas dengan baik,” katanya yang turut mengesahkan hampir semua kepimpinan PKR Pusat akan turun ke Kuala Terengganu pada bulan depan.
Thursday, December 25, 2008
Isu Hudud Dan Qisas : UMNO/Barisan Nasional Usah Bermain Politik
0 ulasan 11:40 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuAngkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu mendesak UMNO/Barisan Nasional menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas yang hanya bertujuan menimbulkan polemik khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam .
Isu ini sengaja ditimbulkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin dengan tujuan memerangkap Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa, sewaktu pedebatan antara mereka berdua di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Tujuan Khairy tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina khusus di Parlimen Kuala Terengganu yang akan menghadapi Pilihanraya Kecil tidak lama lagi.
Isu Hudud dan Qisas tidak perlu dipolitikkan oleh UMNO/Barisan Nasional kerana ianya merupakan isu yang lapuk dan tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada para pengundi berketurunan Cina di Kuala Terengganu dan rakyat Terengganu amnya.
Ia adalah kerana masyarakat keturunan Cina khususnya dan rakyat Terengganu amnya tidak jahil, telah arif dan matang berkaitan Hudud dan Qisas kerana mereka telah diberikan pengetahuan dan penjelasan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah Negeri Terengganu.
Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara. Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002.
Walaupun masih belum berkuatkuasa namun kerajaan UMNO/Barisan Nasional yang merampas kembali pemerintahan dari PAS pada tahun 2004 tidak menolak dan meminda Enakmen tersebut, dimana dalam kerajaan UMNO/Barisan Nasional itu termasuk seorang wakil bukan Islam iaitu dari MCA.
Wakil MCA tersebut sehingga hari ini tidak pernah menyuarakan apa-apa ketidakpuasan hati terhadap Enakmen itu yang telah menjadi sebahagian daripada undang-undang bagi negeri Terengganu.
UMNO sebenarnya sudah terdesak dan tidak mempunyai isu sehingga isu hudud dan qisas
Sebarang tindakan menentang atau mepelekehkan Hudud dan Qisas bukan sahaj membawa kepada menghina Islam dan implikasi aqidah boleh dilihat sebagai menderhaka kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini .
Angkatan Muda Keadilan sesungguhnya mendesak agar semua pihak menghentikan segera sebarang perbahasan isu politik murahan Hudud dan Qisas yang cuba dimainkan oleh UMNO/Barisan Nasional.
Semua pihak termasuk parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat harus lebih matang menghadapi karenah UMNO/Barisan Nasional yang sudah ’bankrup’ dan mestilah mengambil pendekatan tidak melayan sebarang propaganda yang cuba dicetuskan oleh UMNO/Barisan Nasional dan media arus perdana .
Sekiranya isu ini masih tidak dihentikan , Angkatan Muda Keadilan tidak teragak-agak menghantar memorandum bantahan terhadap penghinaan kepada DYMM Sultan Terengganu yang menjadi payung kepada rakyat Negeri Terengganu .
FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu
Wednesday, December 24, 2008
Siaran Media Ketua AMK Terengganu - Wan Farid Tidak Layak Berbicara Tentang Legasi Allahyarham Dato' Razali Ismail
0 ulasan 10:35 PM Dicatat oleh Editor AMK TerengganuAngkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu membidas kenyataan yang dibuat oleh Calon Barisan Nasional (BN ) Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh yang kononnya mempunyai tugas berat untuk menyambung legasi yang ditinggalkan Allahyarham Datuk Razali Ismail .
Beliau tidak layak untuk membuat kenyataan demikian sedangkan beliau juga merupakan antara yang bertanggungjawab dan terlibat secara langsung dalam usaha ‘mematikan karier politik ‘Allahyarhan Datuk Razali. Wan Farid melalui satu konspirasi telah menewaskan Allahyarham Datuk Razali dari mempertahankan jawatan beliau sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu apabila abang beliau Datuk Wan Hisham Wan Salleh mencabar Datuk Razali Ismail dalam pemilihan UMNO Bahagian Kuala Terengganu tempoh hari .
Malah Allahyarham juga tewas dalam pemilihan Perwakilan UMNO Bahagian ke Persidangan Agung UMNO iaitu satu tindakan beliau dan UMNO Kuala Terengganu yang menafikan dan memalukan Allahyarham Datuk Razali yang konsisten menentang rasuah dalam UMNO .
Wan Farid juga tidak layak meneruskan legasi Allahyarham Datuk Razali Ismail untuk melahirkan modal insan berkualiti kerana beliau sehingga hari ini tidak berani ‘bersumpah’ menafikan bahawa belliau tidak terlibat mengarahkan pihak polis dalam kes insiden menembak 2 orang ahli PAS di Batu Burok.
Peranan dan kebertanggungjawaban Allahyarham Datuk Razali Ismail dan komitmen beliau terhadap memajukan pendidikan dan Parlimen Kuala Terengganu tidak akan mampu diteruskan oleh Wan Farid kerana sepanjang beliau menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tidak ada pembangunan dan kemajuan yang dibawa ke Kuala Terengganu .
Sebaliknya beliau meraih laba dan mengaut keuntungan melalui Kejohanan Antarabangsa Perlumbaan Kapal Layar ( Monsoon Cup ) setiap tahun kerana beliau dan abang beliau Wan Hisham Wan Salleh antara terlibat sebagai Ahli Lembaga Pengarah T Best sepertimana yang dilaporkan oleh The Edge Daily, 5 Mei 2008 .
Wan Farid tidak perlu berlagak ‘ baik , suci dan bersih ’ sedangkan tangan beliau penuh dengan kekotoran . Beliau tidak layak bercakap soal meneruskan legasi Allahyarham Datuk Razali yang berjiwa rakyat . Perlantikan beliau ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri bukan diperolehi melalui mandat rakyat tetapi belas ihsan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ini kerana sebelum itu beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri kepada Perdana Menteri.
Kredibiliti dan integriti beliau diragui dan dipersoalkan . Ini yang menjadikan beliau bukannya calon pilihan rakyat Kuala Terengganu dalam Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 depan.
Fariz Musa
Timbalan Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Merangkap
Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu