Tuesday, December 30, 2008

Perosak undi disaran beralih kepada pembangkang


KUALA TERENGGANU – :Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu menganggap masalah undi rosak pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu adalah protes terhadap calon Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketuanya, Muzafeq Affyulzaifuzam Muhammad berkata, apa yang dilakukan pengundi itu tidak memberi kebaikan kepada sesiapa sama ada pembangkang atau kerajaan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak terlibat tidak perlu bersikap demikian sebaliknya, beralih kepada pembangkang.

“Saya berpendapat undi rosak berlaku kerana ada yang mahu menunjukkan protes kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Daripada membuat undi rosak, lebih baik memberikan undi kepada pembangkang,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.

Beliau berkata, AMK sedang berusaha mendekati pengundi muda berumur 21 hingga 40 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar dan Ladang bagi meraih sokongan terhadap calon Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, pada waktu ini, lebih ramai golongan muda semakin berminat kepada Pakatan Rakyat (PR) dan pihaknya menerima sambutan menggalakkan setiap kali mengadakan program untuk golongan tersebut. - Sinar Harian

0 ulasan:

Post a Comment

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com