Wednesday, December 31, 2008

AMK terbit ‘Royak Sikit’ sempena pilihan raya


KUALA TERENGGANU- Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu menerbitkan satu buletin yang dinamakan ‘Royak Skit’ sebagai senjata kempen bagi membantu calon Pas memenangi pilihan raya kecil 17 Januari ini.

Pengarah Pilihan raya Kecil AMK Parlimen Kuala Terengganu, Muzafeq Affyulzaifuzam Mohamad berkata, buletin yang memuatkan berita-berita hanya mengenai salah laku pemimpin UMNO itu mula diedarkan kepada orang awam hari ini.

Menurutnya, buletin ‘Royak Skit’ bakal menjadi bahan kempen utama AMK kerana ia menyiarkan pelbagai maklumat berkaitan politik dan cetakan pertama bahan bacaan itu adalah sebanyak 2,000 naskhah.

“Buat permulaan kita cetak 2,000 naskhah dulu dan jumlahnya akan ditambah dari masa ke semasa. Seramai 50 orang skuad akan bertanggungjawab mengedarkan buletin ini kepada pengundi di sekitar Parlimen Kuala Terengganu,” katanya.
B

eliau yang juga Timbalan Ketua AMK negeri Terengganu berkata, sebagai sayap kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pihaknya juga akan melancarkan Bilik Gerakan AMK di Wisma Sentosa, Ladang pada jam 5 petang ini.


Katanya, majlis pelancaran bilik gerakan itu bakal disempurnakan oleh Pengerusi Strategi PKR Pusat yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution dan ia merupakan satu usaha parti itu membantu calon Pas.

“AMK turut sama bertanggungjawab membantu Pas pada pilihan raya kecil nanti dalam usaha memenangi hati rakyat di Parlimen Kuala Terengganu dan sekali gus merampas kerusi itu daripada BN (Barisan Nasional),” katanya.

0 ulasan:

Post a Comment

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com