Monday, December 29, 2008

SIARAN MEDIA - AMK LANCAR BILIK GERAKAN


Sebagai sayap kanan Parti Keadilan Rakyat , AMK turut sama bertanggungjawab dalam membantu Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) dalam pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu dalam usaha memenangi Parlimen Kuala Terengganu bagi merampas Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional .

Justeru bagi merealisasikan usaha dan iltizam ini AMK Malaysia bersama AMK Negeri Terengganu akan melancarkan Bilik Gerakan AMK bertempat di Wisma Sentosa , Ladang pada 31 Disember 2008 , jam 5 petang yang akan disempurnakan pelancaran oleh YB Sdr. Saifuddin Nasution , Pengerusi Strategi PKR Pusat yang juga Ahli Parlimen Machang .

Beliau juga akan melancarkan buletin ‘Rokak Skit’ terbitan AMK Negeri Terengganu pada hari pelancaran tersebut . ‘Royak Skit’ keluaran edesi Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu akan menjadi antara bahan kempen sepanjang pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu .

Sempena pelancaran Bilik Gerakan AMK , jam 9 malam akan diadakan Pentas Pemuda Pakatan Rakyat dan Sambutan Di Ambang Harapan Baru 2009 bertempat di Kg. Ladang Mengabang , Kuala Terengganu . Antara penceramah yang akan turut hadir menyampaikan ceramah ialah YB Sdr. Saifuddin Nasution ( Pengerusi Strategi PKR Pusat ) , Tuan Hj. Mohamad Sabu ( Naib Presiden PAS Pusat ) , Tuan Haji Mustaffa Kamil Ayub ( Naib Presiden PKR Pusat ) , YBM Dato’ Tg. Hasan bin Tg. Omar ( ADUN Ladang ) , Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin ( Ketua AMK Malaysia ) , YB Anthony Loke ( Ketua Pemuda DAP Pusat ) , Sdr. Fariz Musa ( Timbalan Ketua AMK Malaysia ), Ustaz Azman Sapawi Abd. Rani ( Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ) , Ustaz Ariffin Deraman ( Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ) , YB Amirudin Shari ( ADUN Batu Cave / Naib Ketua AMK Malaysia ) , YB Kasavan a/l Subramaniam ( ADUN Hutan Melintang / Ketua Penerangan AMK Malaysia) dan pimpinan muda Pakatan Rakyat.

MUZAFEQ MOHAMAD
Timbalan Ketua AMK Negeri Terengganu
Merangkap Pengarah Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu

0 ulasan:

Post a Comment

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com