Wednesday, December 24, 2008

Siaran Media Ketua AMK Terengganu - Wan Farid Tidak Layak Berbicara Tentang Legasi Allahyarham Dato' Razali Ismail



Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu membidas kenyataan yang dibuat oleh Calon Barisan Nasional (BN ) Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh yang kononnya mempunyai tugas berat untuk menyambung legasi yang ditinggalkan Allahyarham Datuk Razali Ismail .


Beliau tidak layak untuk membuat kenyataan demikian sedangkan beliau juga merupakan antara yang bertanggungjawab dan terlibat secara langsung dalam usaha ‘mematikan karier politik ‘Allahyarhan Datuk Razali. Wan Farid melalui satu konspirasi telah menewaskan Allahyarham Datuk Razali dari mempertahankan jawatan beliau sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu apabila abang beliau Datuk Wan Hisham Wan Salleh mencabar Datuk Razali Ismail dalam pemilihan UMNO Bahagian Kuala Terengganu tempoh hari .

Malah Allahyarham juga tewas dalam pemilihan Perwakilan UMNO Bahagian ke Persidangan Agung UMNO iaitu satu tindakan beliau dan UMNO Kuala Terengganu yang menafikan dan memalukan Allahyarham Datuk Razali yang konsisten menentang rasuah dalam UMNO .


Wan Farid juga tidak layak meneruskan legasi Allahyarham Datuk Razali Ismail untuk melahirkan modal insan berkualiti kerana beliau sehingga hari ini tidak berani ‘bersumpah’ menafikan bahawa belliau tidak terlibat mengarahkan pihak polis dalam kes insiden menembak 2 orang ahli PAS di Batu Burok.

Peranan dan kebertanggungjawaban Allahyarham Datuk Razali Ismail dan komitmen beliau terhadap memajukan pendidikan dan Parlimen Kuala Terengganu tidak akan mampu diteruskan oleh Wan Farid kerana sepanjang beliau menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tidak ada pembangunan dan kemajuan yang dibawa ke Kuala Terengganu .

Sebaliknya beliau meraih laba dan mengaut keuntungan melalui Kejohanan Antarabangsa Perlumbaan Kapal Layar ( Monsoon Cup ) setiap tahun kerana beliau dan abang beliau Wan Hisham Wan Salleh antara terlibat sebagai Ahli Lembaga Pengarah T Best sepertimana yang dilaporkan oleh The Edge Daily, 5 Mei 2008 .


Wan Farid tidak perlu berlagak ‘ baik , suci dan bersih ’ sedangkan tangan beliau penuh dengan kekotoran . Beliau tidak layak bercakap soal meneruskan legasi Allahyarham Datuk Razali yang berjiwa rakyat . Perlantikan beliau ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri bukan diperolehi melalui mandat rakyat tetapi belas ihsan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ini kerana sebelum itu beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri kepada Perdana Menteri.


Kredibiliti dan integriti beliau diragui dan dipersoalkan . Ini yang menjadikan beliau bukannya calon pilihan rakyat Kuala Terengganu dalam Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 depan.


Fariz Musa

Timbalan Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Merangkap

Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu

0 ulasan:

Post a Comment

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com